APA ITU LEMAK ????
Lemak adalah sumber tenaga (kalori) kepada badan. Menjadi bahan penyedap didalam makanan. Lemak dalam makanan berfungsi dalam membantu :
- Penyerapan vitamin A,D,E dan K- Membekalkan asid lemak penting untuk badan iaitu OMEGA 6 dan OMEGA 3.
- Penyerapan vitamin A,D,E dan K- Membekalkan asid lemak penting untuk badan iaitu OMEGA 6 dan OMEGA 3.
JENIS-JENIS LEMAK DALAM MAKANAN
LEMAK TEPU (SATURATED FAT)
- Lemak yang boleh membeku pada suhu biasa (bilik).
- Contoh lemak tepu ialah daging, mentega, keju, telur, susu penuh krim, minyak kelapa dan santan kelapa.
LEMAK TIDAK TEPU (UNSATURATED FAT)
- Lemak yang lembut dan mencair pada suhu yang lebih rendah.
- Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu iaitu :
~ Lemak monotaktepu (monounsaturated fat) seperti didalam minyak zaitun dan minyak kanola.
~ Lemak politaktepu (polyunsaturated fat) seperti didalam minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak kacang soya.
LEMAK TRANS (TRANS FAT)
- Minyak sayuran yang telah mengalami proses penghidrogenan.
- Banyak terdapat di dalam margerin yang keras, minyak sapi, kek, pastri dan biskut.
LEMAK JIKA DIAMBIL SECARA BERLEBIHAN akan menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti yang akan meningkatkan risiko kejadian penyakit JANTUNG, STROK, DIABETES dan beberapa jenis KANSER.
LEMAK TEPU DAN LEMAK TRANS boleh meningkatkan tahap kolestrol darah dan ianya akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Manakala lemak tidak tepu membantu menurunkan tahap kolestrol darah. Oleh itu, makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans mestilah dielakkan atau dikurangkan.
*********" PANDUAN MENYEDIAKAN MAKANAN RENDAH LEMAK"**********
1. Kurangkan penggunaan minyak.
2. Pilih daging tanpa lemak , kulit ayam dan lemak pada daging sebelum masak.
3. Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, salad dressing, krim dan mayonis.
4. Gunakan santan cair atau susu rendah lemak untuk menggantikan santan pekat.
5. Elakkan menggoreng semula makanan yang telah telah digoreng.
6. Buang lapisan minyak atau lemak yang kelihatan di permukaan sup atau kuah.
7. Gunakan tisu penyerap minyak untuk menyerap lebihan minyak pada makanan
bergoreng.
8. Panggang , bakar, kukus atau gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menyediakan
makanan.
9. Gunakan salad dressing yang rendah lemak.
CONTOH KANDUNGAN LEMAK DALAM MAKANAN
ROTI CANAI 1 KEPING = 10 GRAM LEMAK
10 CUCUK SATE = 10 GRAM LEMAK
KARIPAP 1 KEPING = 10 GRAM LEMAK
AYAM GORENG 1 KETUL = 10 GRAM LEMAK
MEE GORENG = 10 GRAM LEMAK
1 SUDU TEH = 5 GRAM LEMAK